Damansara Damai

Portal Komuniti Damansara Damai.

Siapa Kami | Hubungi Kami | Pengiklanan
Berita Semasa
Aktiviti Terbaru

Berita Semasa: Bayi Baru Lahir Dibuang Tepi Jejambat Damansara Damai

PETALING JAYA: Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam. Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi. Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui. Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong ...

Read more | 1 year ago

Aktiviti: Kuliah Maghrib

AssalamuailaikumUntuk makluman semua ahli kariah Apartmen Bayu, Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq akan mengadakan kuliah magrib . HARI : AHAD 14/04/2013MASA : SELEPAS SOLAT MAGRIBTAJUK : TANGGUNGJAWAB MUSLIMPENCERAMAH:USTAZ AHMAD ZAKIR BIN MOHD AMIN. Jamuan disediakan. Sehubungan itu, pihak Surau ingin menjemput semua ahli kariah dapat beramai-ramai mengikuti kuliah ini. Semoga kehadiran saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T . IN SHA ALLAH. Dari Anas bin Malik r.a , katanya : Rasulullah SAW bersabda ‘’Menuntut ilmu adalah fardu yang wajib atas tiap-tiap orang islam.

Read more | 1 year ago

Berita Semasa: Pecah Tanah Rumah Mampu Milik di Sutera Damansara

Salam, Kepada seluruh penduduk Damansara Damai, satu acara Pecah Tanah Rumah Mampu Milik akan diadakan di Tapak Projek, Rumah mampu milik di Sutera Damansara (bersebelahan Damansara Damai), pada: Tarikh: 14 Mac 2013Hari: Khamis,Masa: 9.00 pagi Majlis akan disempurnakan oleh Dato\' Menteri Besar Selangor. Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor (LPHS) akan menjual borang permohonan rumah mampu milik negeri Selangor kepada orang ramai yang berminat.  Orang ramai dijemput hadir. Makanan disediakan. Terima Kasih.   AHMAD FAHMY FAHD BIN ABDULLAHEKSEKUTIF PERHUBUNGAN AWAMPERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)Tingkat 25, Wisma MBSA,Persiaran Perbandaran, 40000,Shah Alam, SELANGOR Tel : 03-5510 7105/7233/7234Fax: 03-5510 7232

Read more | 1 year ago

Berita Semasa: MESYUARAT AGONG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU

Pada hari ahad ni 17/3/2013 pada pukul 9 malam Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq apartment Bayu akan mengadakan MESYUARAT AGONG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDDIQ. SEMUA AHLI KARIAH DI JEMPUT HADIR. semua Ajk surau wajib hadir

Read more | 1 year ago

Aktiviti: KULIAH PENGAJIAN HADIS 40

Untuk makluman semua ahli kariah Apartmen Bayu, Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq akan mengadakan kuliah pengajian hadis 40 . HARI : SELASATarikh : 19/2/2013Masa :SELEPAS SOLAT MAGRIB Sehubungan itu, pihak Surau ingin menjemput semua ahli kariah dapat beramai-ramai mengikuti pengajian ini. Semoga kehadiran saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T . IN SHA ALLAH. Dari Anas bin Malik r.a , katanya : Rasulullah SAW bersabda ‘’Menuntut ilmu adalah fardu yang wajib atas tiap-tiap orang islam. “BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”

Read more | 1 year ago

Aktiviti: Forum Ukhuwwah Gaza 2013 ARC - MAPIM

Dengan kerjasama Masjid Al-Muhtadin, Damansara Damai Tarikh: 24 Januari 2013/KhamisTempat: Masjid Al-MuhtadinMasa: selepas solat maghrib \'We Ride for Gaza\'

Read more | 1 year ago

Aktiviti: Ceramah Perdana - Merdeka Rakyat

Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Masa: 8:30pm - 12:00 pm Barisan Penceramah: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim YB Nurul Izzah Anwar YB Elizabeth Wong Keat Ping YB Sivarasa Rasiah YBhg Ustaz Sallehen Mukyi

Read more | 1 year ago

Aktiviti: Bacaan Yassin & Tahlil

Sukacita dimaklumkan bahawa AJK Surau Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Apartment Bayu akan mengadakan bacaan yassin dan tahlil. Justeru, kami selaku AJK Surau ini dengan hormatnya, menjemput semua Ahli Kariah Surau ini agar dapat hadir bagi memeriahkan majlis ini. Butiran tentang majlis ini adalah seperti berikut.  Hari             :      KHAMISTarikh         :      24 JANUARI 2013Masa           :      SELEPAS SOLAT MAGHRIBTempat       :     SURAU KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ                           APARTMENT BAYU Aturcara     :      a)    BACAAN YASSIN                            b)    BACAAN DOA DAN TAHLIL    ...

Read more | 1 year ago

Berita Semasa: Yuran PASTI Damansara Damai 2013

YURAN PASTI DAMANSARA DAMAI 2013 | Untuk makluman ibubapa, yuran untuk sessi pengajian 2013 ialah sebagaimana attachment. Pembayaran boleh dibuat pada hari Pendaftaran iaitu pada Rabu, 2 Januari 2013 atau SEBELUM.Sessi pembelajaran hanya akan bermula pada 3 Januari 2013. Harap maklum. - Zul (Pengurus)

Read more | 1 year ago

Berita Semasa: Penempatan murid 2013

Penempatan murid 2013:1. Peralihan & Tingkatan 1: belum dikeluarkan2. Tingkatan 2: sama seperti tahun 20123. Tingkatan 3: telah dikeluarkan, sila rujuk \'notes\'4. Tingkatan 4: perlu disemak di sekolah. Lokasi - balai gemilang, lobi, kantin & kedai buku.5. Tingkatan 5: sama seperti tahun 2012Ada perubahan pada lokasi kelas. Pastikan anda hadir semasa perhimpunan hari pertama persekolahan untuk mengetahui lokasi kelas anda. Selamat kembali ke sekolah!

Read more | 1 year ago